End of 2008 (founded!)


Mengenang kembali saat-saat menjadi 'junior'... hehe
Masa gambar ini diambil, kami sedang berikrar menandakan telah tamat latihan Kor WiraSiswa 08/09 kolej Yayasan Melaka. Aku dengan Eskandar punyalah semangat sampai kami sanggup botakkan kepala.
Namun, memang tidak sia-sia, hasilnya, sepanjang tahun 2009 dan 2010, aku dan Eskandar telah menjadi fasilitator yang aktif. Diberikan kelonggaran tidak perlu menghadiri kursus 'Levelling' seperti pelajar-pelajar lain, memang menjadi kebanggaan kami. Tapi, hanya Eskandar yang bergiat aktif, sampai akhirnya, menjadi salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar. Aku?
Buat hal. Macam biasalah. Sejak sekolah lagi, bila nak dapat sesuatu, mesti ada yang tidak kena pada saat-saat akhir. Haha

Tetapi itu semua tidak penting. Kerana yang penting pada Aku bukanlah hasil dari usaha Aku, tetapi perkara yang Aku dapat sepanjang usaha itu berjalan... lagipun, segala keputusan yang Aku buat dahulu yang telah menjadikan Aku yang sekarang... Jadi, kenapa perlu menyesal? :)

Comments

Popular Posts