MEMOIRS OF D40... .. .
Teringat masa kat semester 4. Ketika itu subjek fotografi adalah subjek yang wajib diambil oleh semua pelajar media. Masa tu pensyarah kata ‘lagi bagus kamu ade kamera sendiri”. Aduh... .. .
Nak dijadikan cerita ada la seorang kawan ni, ramai gak complain pasal dia, tapi aku tahu hati dia baik. Dia pinjamkan aku Nikon D40 (DSLR) nya. Masa tu dapat pegang D40 pun dah cukup bertuah bagi aku. Namun, kalau dapat pegang D90 memang gembira tak terkata lah!
Selama beberapa bulan aku bersama D40, dalam 10,000++ snap ada kot aku dah tekan. Dari depth of field sampai la aperture, semua aku blaja, ikut seperti yang telah pensyarah ajarkan. Dari pensyarah kata “apa ni Daus!!!” sampailah “I think you should buy your DSLR, You can shoot!”, pergh.. Sengih aje aku masa tu.
Antara banyak jenis gambar yang aku dah snap, aku paling suka tangkap landscape. Bila dah kena dengan feel nya, setakat golden hour tu memang dalam kanta je.
Berbekalkan D40 tu, Alhamdulillah fotografi aku dapat A. Habis aje assignment fotografi tu, aku dah tak pegang lagi D40 itu. Itulah kali pertama dan kali terakhir aku dapat rasa DSLR. Tapi kenangan, pengalaman dan pembelajaran sepanjang ak pegang D40 tu, kekal di hati ... .. .

Comments

Post a Comment

Got something to TELL me??

Popular Posts