Cinta Dia Si Gadis Berkarbonat





Aku Happy dalam sepi, & Aku Rindu
dikala Termanggu,krana cintaku hanyalah mimpi yg tak mungkin aku kecapi dgn diriku yg sebegini... Tetapi apakah cinta itu mengenal erti rupa, usia, mahupun harta... Apakah cinta yang kita miliki itu cinta sejati atau hanya sekadar nafsu semata-mata.. Aku letih dengan semua ini tetapi cintaku seakan memaksaku untuk aku terus mengejar cintamu itu walaupun berbagai rintangan yang terpaksaku hadapi.. Tetapi setelah kuketahui yang hatimu telah dimiliki... Aku tergamam, aku terpaku seolah-olah nafas ini berhenti seketika... Lalu jiwaku tunduk membisu.. Cintaku terhadapmu tidak dapat kucurahkan lagi. Aku rela membiarkan kau bahagia bersama insan lain..
Dan, ingatlah cintaku terhadapmu hanya cukup dibuktikan dgn melihat kau berbahagia walaupun bukan disisiku tetapi ia cukup bermakna bagiku.. Aku bahagia melihat kau ketawa dan aku sedih apabila melihat kau kecewa.. Adakah cintaku ini tidak cukup besar lagi untukmu.. Apa yang harus kulakukan lagi.. Aku hanya dapat meneruskan hidup dengan sisa cinta yg kau beri ini.. tetapi, berdayakah aku meneruskannya tanpamu...? Aku hanya dapat berdoa kepada Tuhan agar dapat melupakanmu... Dan aku berdoa agar kau juga mendapat kebahagian ini... Aku harap suatu hari nanti kau dapat memahami isi hatiku ini walaupun masa itu aku sudah tiada lagi disini.. Tapi ingatlah bahawa aku tetap berada dihatimu.. Bukan untuk sehari tapi untuk selama nya... Ingatlah bahawa andai kita mencintai seseorang kita mestilah memberikannya kebahagian walaupun dia bukan disisi kita... inilah ceritera cinta aku Dilema Si Gadis Berkarbonat.... By Sham...


Designed and created by Hisyamuddin Bin Fayumi


Admired by Firdaus.

Comments

Post a Comment

Got something to TELL me??

Popular Posts